BLOG INI BUKAN DIARI HARIAN .. HANYA SHARE DARI YANG LAIN .. DAN SAYA POST DI BLOG INI .. TIADA KENA MENGENA DENGAN YANG MATI ATAUPUN YANG MATI .. ADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP .. *MINTA MAAF JIKA ADA ISI2 DALAM BLOG INI YANG SAYA COPY DARI BLOG TUAN/PUAN .. MINTA DI HALALKAN .. SAMA2 KITA MELAKUKAN KEBAIKAN DAN MENCARI JALAN YANG LURUS YAKNI JALAN YANG DIREDHAI OLEH ALLAH SWT*

Wednesday 22 May 2013

KEAMPUNAN ALLAH ITU AMATLAH LUAS



Inilah antara hadis Rasulullah S.A.W yang memberikan harapan yang sangat tinggi kepada kita manusia yang sentiasa melakukan dosa lagi-lagi yang telah melakukan dosa-dosa yang besar. Sesungguhnya ALLAH itu maha pengampun dan ALLAH sukakan kepada pengampunan. Malahan ALLAH juga suka kepada hamba-NYA yang sentiasa memohon keampunan kepada-NYA. Inilah antara tanda-tanda bahawa ALLAH itu memang sayangkan hamba-hamba-NYA dan sentiasa memberi peluang kepada hamba-hamba-NYA untuk mendapatkan rahmat-NYA.

Tetapi, ini bukan bermaksud kita boleh terus-menerus melakukan dosa samaada yang besar atau kecil. Terdapat beberapa syarat untuk benar-benar mendapatkan keampunan dari ALLAH. Antaranya ialah :

1) Bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan menyesali dosa yang telah kita lakukan

2) Berazam dengan kuat tidak akan mengulangi maksiat lagi

3) Yakin akan keampunan dari ALLAH

4) Meninggalkan apa yang dilarang dan melakukan apa yang deperintahkan oleh ALLAH

5) Berdoa dan memohon keampunan dengan penuh harapan bahawa ALLAH akan mengampunkan kita dan fokus ketika berdoa.

6) Penuh perasaan keyakinan bahawa hanya ALLAH sahaja yang boleh mengampunkan kita dan tiada yang lain selain ALLAH.

7) Berbaik sangka kepada ALLAH

8 ) Taat dengan sesungguh-sungguh taat setelah berdoa kepada ALLAH

9) Perbanyakkan Istighfar (Permohonan keampunan kepada ALLAH)

1 comment: