BLOG INI BUKAN DIARI HARIAN .. HANYA SHARE DARI YANG LAIN .. DAN SAYA POST DI BLOG INI .. TIADA KENA MENGENA DENGAN YANG MATI ATAUPUN YANG MATI .. ADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP .. *MINTA MAAF JIKA ADA ISI2 DALAM BLOG INI YANG SAYA COPY DARI BLOG TUAN/PUAN .. MINTA DI HALALKAN .. SAMA2 KITA MELAKUKAN KEBAIKAN DAN MENCARI JALAN YANG LURUS YAKNI JALAN YANG DIREDHAI OLEH ALLAH SWT*

Saturday 19 October 2013

Ukhwah itu indah kerana Allah =)

                                 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


    UKHWAH di bawah bumbung agama adalah kurniaan Allah SWT kepada setiap individu Muslim tanpa mengira pangkat dan darjat. Kemanisannya hanya dapat dirasai oleh orang yang ikhlas melengkapkan kehidupan sesama manusia setelah menyempurnakan tanggungjawab yang wajib ditunaikan terhadap Allah SWT. 

    Hari ini, jalinan ukhwah menjadi semakin mudah dengan adanya pelbagai medium untuk meneguhkan ikatan silaturrahim. Malah, hubungan yang jauh boleh didekatkan dengan kemudahan teknologi yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan tersebut. Ia memudahkan kita membina hubungan persahabatan serta meneguhkannya dengan sifat belas kasihan, saling membantu dan prihatin terhadap keperluan teman. Tanpa memerlukan masa yang panjang dan modal yang banyak, kita boleh bertanya khabar dan tahu perkembangan taulan yang jauh hanya dengan hujung jari. Malah, hubungan yang jauh boleh didekatkan dengan kemudahan teknologi yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan tersebut.


    Lebih daripada itu, ukhwah adalah tunjang kepada kekuatan ummah sekiranya ia berasaskan takwa dan berlandaskan syariat malah silaturrahim menjauhkan manusia daripada hasad dengki dan fitnah. Ukhwah juga boleh menguatkan hubungan dengan Allah SWT kerana ukhwah boleh menjadikan akhlak manusia lebih baik daripada sebelumnya. Tetapi sekiranya ukhwah menjadi taruhan demi melampiaskan nafsu jahat, ukhwah bukan merenggangkan hubungan dengan Allah tetapi juga memisahkan kasih sayang sesama manusia.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bahawa seorang Muslim itu menjadi saudara seorang Muslim lainnya, kerana itu tidak diperbolehkan seorang Muslim itu menganiaya saudara Muslim yang lainnya. Juga tidak boleh seorang Muslim itu menghina saudara Muslim lainnya. Dan barang siapa memberikan pertolongan yakni memenuhi hajat keperluan saudaranya, maka Allah pun memenuhi dan menyelesaikan segala keperluan hajatnya dan barangsiapa yang memberikan kemudahan atau memberikan kelapangan bagi kesusahan seorang Muslim, nescaya Allah melapangkan kesusahannya di hari Kiamat.” 




     Perintah membina silaturrahim adalah bertujuan untuk melancarkan urusan kehidupan manusia kerana manusia tidak boleh hidup sendirian, sebaliknya saling bergantungan dan melengkapkan keperluan masing-masing. Sebab itulah Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: “Orang mukmin terhadap orang mukmin yang lainnya, tidak ubah bagaikan sebuah bangunan yang bahagian-bahagian menguatkan satu sama lain.” 


      Ukhwah kerana agama tidak mengenal bangsa dan keturunan. Ia juga tidak terbatas kepada hubungan kerabat semata. Firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat, ayat 13 bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, bukan yang lebih keturunan atau bangsanya. Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui lagi Maha Mendalam pengetahuannya akan keadaan dan amalan kamu.”

    Justeru, tidak salah membina ukhwah dengan sesiapa, semata-mata untuk memperteguhkan hubungan dengan Yang Maha Mencipta. Pilihlah sahabat yang mengingatkan kita sewaktu lupa, menjauhkan kita dari leka serta mengikat kita pada tali-Nya, kerana itulah hikmah bersaudara.

Menjaga ukhwah dituntut Islam sehingga rasa sayang pada saudara mampu menyempurnakan iman kita. Rasulullah SAW menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa kepentingan melainkan Allah semata-mata, maka dia akan mengecapi kemanisan iman.

Ukhwah kita akan selalu diuji, untuk melihat dan memuhasabah, cukup ikhlaskah persahabatan yang kita jalinkan selama ini ? 



Ukhwah yang terbina antara kita biarlah seperti seutas TASBIH.. ada awal tiada penghujungnya, dicipta untuk mengingatiNya, dibahagi untuk mencintaiNya dan diratib demi redhaNya”.

Wednesday 7 August 2013

Ramadan Hampir Melabuhkan Tirainya, Lambaian Syawal Pula Kian Dinanti.

Assalamualaikum,

 Semakin hari , semakin pantas rasanya , bulan Ramadan akan meninggalkan kita. Pernahkah kita terfikir atau bermuhasabah diri , bagaimanakah puasa kita , amalan kita. Cukupkah ibadah yang kita lakukanSaat diri ini masih terumbang-ambing mencari kesempurnaan Ramadan, ia telah sampai ke penghujungnya. #Muhasabah Diri ... Hari ni hari terakhir kita berpuasa. sayu hati Ramadan akan Pergi. tapi, setelah berpuasa sebulan Allah anugerahkan syawal kepada kita. :') . Semoga Ramadan kali ini bukan Ramadan yang terakhir bagiku. InsyaALLAH. Marilah sama-sama kita mengAMIINkan doa ini... insyaAllah mudah - mudahan diMAKBULkan oleh Allah SWT  atas permintaan kita .. insyaAllah..Amiin~(^__^)v 

  "Ya Allah! Pertemukan daku di Bulan Ramadhan tahun berikutnya,dalam keadaan sihat wal'afiat, mudahkanlah rezeki bagiku dan segala urusanku,Ya Allah!"

  "Ya Allah! Janganlah Dikau jadikan puasa kali ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Dikau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati bukan yang sia-sia"

  "Ya Allah! Terimalah puasaku dengan sebaik-baik penerimaan, perkenan, kemaafan, kemurahan, pengampunan dan keredhaan-Mu. Sehingga Dikau memenangkan daku dengan segala kebaikan yang dituntut, segala anugerah yang Dikau curahkan di ...bulan mulia ini" Amiin ~ 




Dengan Kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. Saya ingin menyusun sepuluh jari untuk meminta maaf kalau terKASAR bahasa atau menGURIS hati atau terSINGGUNG dengan apa yang saya update kan ni kepada orang-orang yang membacanya (^__^)v 


notes :  TERUSKAN PERJUANGAN KITA SEBAGAI UMAT ISLAM DAN ISTIQOMAH DALAM MELAKUKAN SETIAP AMAL IBADAH DAN IKHLASKAN HATI ANDA (^__^)v 


Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Saturday 3 August 2013

Doa-Doa Indah


Doa-Doa Indah

Alhamdulillah berjodoh dengan artikel ini, doa-doa yang indah menyentuh sekali..Subhanallah..Alhamdulillah Wallahuakbar.Semoga bermanfat untuk sahabat-sahabat semua.


Doa-Doa Rasulullah

Doa adalah ibadah yang sangat agung, yang tidak boleh dipalingkan kepada selain Allah Subhanahu wata’ala. Hakikat doa adalah menunjukkan ketergantungan kita kepada Allah Ta’ala dan berlepas diri dari daya dan upaya makhluk. Doa merupakan tanda Ubudiyah (penghambaan diri secara totalitas kepada Allah Ta’ala). Doa juga merupakan lambang kelemahan manusia. Di dalam ibadah doa terkandung pujian terhadap Allah Ta’ala. Disamping itu terkandung juga sifat penyantun dan pemurah bagi Allah Ta’ala. Oleh sebab itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Doa itu adalah ibadah.” (HR. Tirmidzi)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang banyak berdoa, memohon dan menunjukkan ketergantungan kepada Allah Subhanahu wata’ala. Beliau sangat menyukai kalimat-kalimat yang ringkas namun sarat makna dan juga menyukai ucapan-ucapan doa.

Di antara doa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah:

“Ya Allah, tolonglah daku dalam menjalankan agama yang merupakan pelindung segala urusanku. Elokkanlah urusan duniaku yang merupakan tempat aku mencari kehidupan. Elokkanlah urusan akhiratku yang merupakan tempat aku kembali. Jadikanlah kehidupanku ini sebagai tambahan segala kebaikan bagiku dan jadikanlah kematianku sebagai ketenangan bagiku dari segala kejahatan.” (HR. Muslim) 

“Ya Allah, Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Ya Rabb Pencipta langit dan bumi, Rabb segala sesuatu dan yang merajainya. Aku bersksi bahwa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan diriku, kejahatan setan dan bala tentaranya, atau aku melakukan kejahatan terhadap diriku atau yang aku tujukan kepada seorang muslim lain.” (HR. Abu Daud)

Demikian pula doa berikut ini:
“Ya Allah, cukupilah aku dengan rizki-Mu yang halal (supaya aku terhindar) dari yang haram, per-kayalah aku dengan karunia-Mu (supaya aku tidak meminta) kepada selain-Mu.” (HR. At-Tirmidzi)

Di antara permohonan beliau kepada Allah Subhannahu wa Ta’ala :
“Ya Allah, ampunilah dosaku, curahkanlah rahmat-Mu kepadaku dan temukanlah aku dengan teman yang tinggi derajatnya.” (Muttafaq ‘alaih)

Wednesday 22 May 2013

KEAMPUNAN ALLAH ITU AMATLAH LUAS



Inilah antara hadis Rasulullah S.A.W yang memberikan harapan yang sangat tinggi kepada kita manusia yang sentiasa melakukan dosa lagi-lagi yang telah melakukan dosa-dosa yang besar. Sesungguhnya ALLAH itu maha pengampun dan ALLAH sukakan kepada pengampunan. Malahan ALLAH juga suka kepada hamba-NYA yang sentiasa memohon keampunan kepada-NYA. Inilah antara tanda-tanda bahawa ALLAH itu memang sayangkan hamba-hamba-NYA dan sentiasa memberi peluang kepada hamba-hamba-NYA untuk mendapatkan rahmat-NYA.

Tetapi, ini bukan bermaksud kita boleh terus-menerus melakukan dosa samaada yang besar atau kecil. Terdapat beberapa syarat untuk benar-benar mendapatkan keampunan dari ALLAH. Antaranya ialah :

1) Bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan menyesali dosa yang telah kita lakukan

2) Berazam dengan kuat tidak akan mengulangi maksiat lagi

3) Yakin akan keampunan dari ALLAH

4) Meninggalkan apa yang dilarang dan melakukan apa yang deperintahkan oleh ALLAH

5) Berdoa dan memohon keampunan dengan penuh harapan bahawa ALLAH akan mengampunkan kita dan fokus ketika berdoa.

6) Penuh perasaan keyakinan bahawa hanya ALLAH sahaja yang boleh mengampunkan kita dan tiada yang lain selain ALLAH.

7) Berbaik sangka kepada ALLAH

8 ) Taat dengan sesungguh-sungguh taat setelah berdoa kepada ALLAH

9) Perbanyakkan Istighfar (Permohonan keampunan kepada ALLAH)

Syarat-syarat Untuk Mendapat Pertolongan Allah SWT





Sahabat yang dirahmati Allah,


Allah s.w.t Maha Mendengar segala do'a, permohonan dan munajat para hamba kepada-Nya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka) : Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdo'a apabila dia berdo'a kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul."


Berdo'a adalah amalan yang dituntut oleh Islam. Seorang hamba yang merasa hina di sisi Tuhannya akan memanjatkan permohonan dan do'a kehadrat Allah s.w.t. agar ditunaikan segala hajat yang diperlukannya. Ia merasa amat kerdil dan tidak ada pergantungan dan pengharapan yang lain melainkan ditujukan kepada yang Maha Esa.

Sebagai seorang Mukmin yang yakin di atas Qada' dan Qadar Allah s.w.t. kalian kena berfikiran positif dan yakin apa sahaja keputusan Allah s.w.t.adalah keputusan yang terbaik, yang mana hanya Allah s.w.t. sahaja Maha Mengetahui di atas kehidupanmu pada masa sekarang dan masa akan datang.Dalam hidup ini kita perlukan pertolongan dan bantuan daripada Allah s.w.t. dalam setiap urusan kita terutama disaat genting. Yang mana tidak ada tempat lain yang dapat kita panjatkan munajat dan pertolongan melainkan kepada Allah s.w.t.

Terdapat beberapa syarat untuk kita mendapat pertolongan Allah s.w.t. dan do'a-do'a kita dimakbulkan-Nya. Tanpa syarat ini do'a kita seperti hembusan angin yang tidak dipedulikan oleh Allah s.w.t.

Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut :

1. Menjauhi dosa-dosa besar.

Firman Allah s.w.t maksudnya : “Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar diantara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga).”(Surah 4 ayat 31).

Diantara sejumlah ahli tafsir ada yang menafsirkan, bahawa yang disebut tempat yang mulia adalah:

a) Syurga.

b) Segala hal yang Allah redhai.

c) Pertolongan Allah.

Pendapat yang paling kuat tentang pengertian dosa besar adalah segala perbuatan yang pelakunya diancam dengan api Neraka, laknat atau murka Allah di hari akhirat atau mendapatkan hukuman had di dunia. Sebagian ulama menambahkan perbuatan yang Nabi s.a.w. meniadakan iman dari pelakunya, atau baginda mengataan ‘bukan golongan kami’ atau baginda berlepas diri dari pelakunya maka semuanya termasuk dosa-dosa besar.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :“ Dosa yang paling besar ialah mensyrikkan Allah , derhaka pada ibu bapa dan membunuh orang” (Hadis riwayat Anas bin Malik)

2. Menjauhi daripada pakaian , minuman dan makanan yang haram.

Nabi s.a.w bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah itu baik, Dia tidak menerima melainkan yang baik. Sesungguhnya Allah memerintah orang Mukmin dengan apa yang diperintahkan kepada semua Rasul dgn firmannya : 'Wahai sekalian Rasul! Makanlah kamu makanan yang baik dan beramallah dgn amalan yg soleh.' Allah berfirman lagi : 'Wahai orang-orang yang beriman, makanlah kamu makanan yg baik dari rezeki yang Kami berikan.

Kemudian baginda menyebutkan seorang lelaki yg jauh perjalanannya, kusut masai rambutnya dan berdebu mukanya menghulurkan kedua tangannya ke langit (berdo'a) : 'Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku, wahai Tuhanku! ' Padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan disuapkan dgn yg haram. Maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya?" (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi s.a.w bersabda kepada Sa'ad r.a. yang bermaksud : "Wahai Sa’ad, perbaikilah makananmu, niscaya kamu menjadi orang yang terkabul do'anya. Demi yang jiwa Muhammad dalam genggamanNya. Sesungguhnya seorang hamba melontarkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya maka tidak akan diterima amal kebaikannya selama empat puluh hari. Siapapun yang dagingnya tumbuh dari yang haram maka api Neraka lebih layak membakarnya. (Hadis Riwayat Ath-Thabrani)

3. Bertaubat kepada Allah.

Firman Allah s.w.t maksudnya : “Katakanlah : Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhan mu dan berserah dirilah kepada Nya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong lagi. Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyadarinya”(Surah 39 ayat 53-55)

Adapun cara taubat nasuha adalah sebagai berikut:

a) Berhenti daripada melakukan dosa.

b) Solat taubat 2 raka’at dan berdo’a :“Keduanya berkata: 'Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah 7 ayat 23)

c) Menyesal dan tidak mengulangi perbuatan dosa yang telah lalu.

d) Melakukan pemulihan dengan meningkatkan amal soleh dan bersahabat dengan orang-orang soleh.

4. Beristighfar setiap hari.

Beristighfar adalah memohon keampunan kepada Allah s.w.t diucapkan setiap hari.

Nabi s.a.w beristighfar kepada Allah s.w.t 100 kali setiap hari dengan sabdanya yang bermaksud : "Wahai sekalian manusia. Taubatlah (beristigfar) kepada Allah karena aku selalu bertaubat kepada-Nya dalam sehari sebanyak 100 kali.” (Hadis Riwayat Muslim) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam satu majlis baginda mengucapkan,
رَبِّ اغْفِرْ لِى وَتُبْ عَلَىَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

‘Robbigfirliy wa tub ‘alayya, innaka antat tawwabur rohim’ [Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang] sebanyak 100 kali. (Hadis Riwayat Abu Daud. )

Firman Allah s.w.t maksudnya : “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah?. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (Surah 3 ayat 135)


5. Berjihad dengan harta dan jiwa

Firman Allah s.w.t maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih. (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya. Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang lebih baik di dalam Syurga ‘Adn, itulah keberuntungan yang besar.” (Surah 61 ayat 10-12)

6. Berlapang dada dan jiwa pema’af.

Sifat mulia yang dikasihi Allah s.w.t adalah sifat berlapang dada dan pemaaf akan kesalahan orang lain. Ia tidak suka berbalas dendam .

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)" (Hadis Riwayat Baihaqi)

Firman Allah s.w.t maksudnya : “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. (Yaitu) orang-orang yang menafkahkan hartanya baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Surah 3 ayat 133)

7. Bertawasul dengan amalan terbaik yang pernah dilaksanakan.

Daripada Abu Abd Rahman, Abdullah bin Umar bin Khatthab r.a berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :“Dahulu sebelum kamu, ada tiga orang berjalan-jalan kemudian mereka pergi ke sebuah gua untuk berteduh, maka mereka pun masuk kedalamnya. Kemudian tiba-tiba ada batu dari atas bukit yang bergolek dan menutup pintu gua itu sehingga mereka tidak dapat keluar.

Salah seorang daripada mereka berkata “Sesungguhnya tidak ada yang dapat menyelamatkan kamu sekalian daripada bencana ini kecuali apabila kamu sekelian berdoa kepada Allah s.w.t dengan menyebutkan amalan-amalan soleh yang pernah kamu lakukan...."

Ketiga-tiga mereka berjaya mendapat pertolongan Allah s.w.t setelah do'a mereka di atas amalan kebaikan yang pernah mereka kerjakan (bertawasul dengan amalan kebaikan) diterima Allah s.w.t. dan mereka terselamat daripada musibah terperangkap di dalam gua.

Sahabat yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita perbaiki amalan kebaikan dan kebajikan dan meningkatkan ibadah dan amal soleh kita kepada Allah s.w.t. Melaksanakan semua yang wajib dan meninggalkan yang haram dan memperbaiki hubungan hati kita dengan Allah s.w.t dan memperbaiki muamalah kita sesama manusia. Semoga kita mendapat redha dan rahmat Allah dan mendapat pertolongan-Nya di dunia dan akhirat